Cari @ Amanz

Pemilik Oculus Quest akan menerima antaramuka skrin perumah baharu yang diberi nama Horizon Home. Dari namanya, pemilik boleh mengkustomasi Horizon Home untuk memaparkan personaliti dan citarasa dunia sebenar dalam ruangan maya. Pengguna boleh menjemput teman-teman ke ruangan Home mereka untuk sesi permainan video atau menonton video secara berkumpulan.

Aplikasi seperti Slack, Dropbox, Facebook dan Instagram juga boleh dibuka di dalam Home sebagai panel 2D kerana mungkin pengguna tidak memerlukan antaramuka 3D untuk aplikasi yang sudah biasa digunakan secara 2D sahaja selama ini.

Seterusnya di Horizon Workrooms, pilihan kustomasi bilik turut akan diberikan kepada pengguna. Hiasan bilik mesyuarat maya yang lebih mencerminkan imej syarikat dapat dilakukan. Ini ialah langkah pertama pada skala kecil dari Meta untuk mengajar pengguna ke dalam duniameta mereka.

Beberapa percubaan untuk mewujudkan platform media sosial dalam dunia maya seperti Second Life sebelum ini kurang mendapat sambutan kerana keperluan membeli peranti realiti maya yang mahal. Meta mempunyai satu kelebihan di mana mereka mempunyai dana untuk pembangunan serta porfolio produk yang boleh digunakan untuk menarik pengguna ke platform.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd