Malam semalam tiga peranti Redmi Note 11 telah dilancarkan secara rasmi dengan menggunakan cip terkini MediaTek Dimensity. Pada acara yang sama, Redmi mengesahkan sebanyak 240 juta peranti siri Redmi Note ini telahpun berjaya dijual sejak diperkenalkan pada tahun 2014.
Semasa Xiaomi Redmi Note 4G dilancarkan tujuh tahun lalu, ia adalah usaha Xiaomi untuk menawarkan peranti dengan skrin besar bagi menyaingi Samsung Galaxy Note. Ia mendapat perhatian ramai di Malaysia kerana walaupun mempunyai skrin 5.5″ yang pada waktu tersebut dianggap gergasi, tetapi dijual pada harga RM589 sebuah. Harga Redmi Note 11 yang baharu mungkin tidak serendah ini tetapi penawaran harga amat mampu milik inilah yang membantu Xiaomi menjadi antara tiga syarikat dengan pegangan terbesar pasaran telefon pintar sekarang.