Butiran Mengenai Vaksinasi Tambahan Untuk Mereka Yang Menerima Suntikan Astra Zeneca Akan Diumumkan Kelak

Diterbitkan pada Okt 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti yang sedia maklum, untuk mereka yang menerima suntikan vaksinasi COVID-19 Sinovac akan menerima vaksinasi tambahan menggunakan vaksin Pfizer, yang mana penerima awal ialah mereka dengan komorbiditi ataupun berumur lanjut secara percuma.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang sendiri menerima vaksin Sinovac sebelum ini, sudahpun menerima suntikan vaksinasi tambahannya menggunakan vaksin Pfizer juga.

Terkini, beliau telah mengatakan bahawa mereka yang menerima vaksinasi Astra Zeneca juga boleh mendapatkan vaksinasi tambahan, dan butiran lanjut mengenai program tersebut akan diumumkan kelak. Ia turut dijangka bahawa vaksin yang akan ditawarkan ialah Pfizer juga, tetapi mengesahkan bahawa bagi mereka yang mempunyai alahan atau tidak boleh menerima vaksin tersebut mungkin akan ditawarkan vaksin Sinovac ataupun Astra Zeneca sekali lagi.

Buat masa ini, nampaknya perkara ini masih lagi berada dalam fasa perbincangan, tetapi kami menjangkakan bahawa menteri tersebut akan membuat satu lagi pengumuman mengenai perkara ini tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami