Cari @ Amanz

Kediaman Berteknologi Untuk Kehidupan Serba Moden Di The Valley Residences @ SkySierra

Link Copied!

SkyWorld adalah antara pemaju yang sedang giat membangunkan perumahan-perumahan di kawasan Lembah Klang. Telah banyak perumahan yang dibangunkan oleh mereka dan antara yang sedang dibangunkan adalah The Valley Residences @ SkySierra. Jika anda berada di Lembah Klang dan ingin mencari rumah baru, The Valley Residences ini adalah antara perumahan yang perlu anda pertimbangkan, dan ini adalah antara sebabnya.

Rumah Yang Berkonsepkan Dual Key

The Valley Residences @ SkySierra terdiri daripada empat jenis rumah dimana dua daripadanya iaitu jenis B dan jenis D adalah rumah yang berkonsepkan Dual Key. Ini bermaksud kediamannya mempunyai satu unit studio yang dilengkapi dengan bilik air dan dapur yang diasingkan dari unit utama.

Ini memberi kelebihan kepada mereka yang ingin duduk dan menyewakan unit studio ataupun unit utama untuk menjana pendapatan sendiri. Sebagai contoh, unit studio boleh disewakan dan pemilik rumah boleh duduk di unit utama dan mempunyai akses ruang-ruangnya yang lain seperti ruang tamu, ruang makan, dapur, bilik-blik tidur dan balkoni.

Kotak DB juga dibahagikan kepada dua diantara pecahan unit, sekaligus akan memudahkan pengiraan kadar penggunaan elektrik di antara dua unit tersebut. Unit studio ini juga boleh digunakan sebagai ruang bekerja dari rumah atau digunakan jika anda inginkan ruang privasi sekiranya anda tinggal bersama ibu-bapa.

Seni Bina The Valley Residences

Seni bina di bahagian Grand Drop Off juga menampilkan elemen gunung berbatu seperti permukaan batu, elemen kehijauan tumbuh-tumbuhan dan terdapat tirai air bagi tujuan untuk meningkatkan kelembapan udara. Rekabentuk siling di lobi dan gerbang masuknya juga berkonsepkan geometri yang dapat memberikan persepsi yang mewah kepada sesiapa yang berkunjung ke The Valley Residences ini.

Teknologi Pengurangan Haba Dan Penjimatan Tenaga

Bangunan ini dilengkapi dengan podium parkir kereta yang dilitupi oleh tumbuh-tumbuhan yang dapat mengurangkan pemindahan haba ke lantai rumah. Reka bentuk bersama teknologi ini membantu penduduk untuk merasai cahaya matahari yang tidak keterlaluan dan memaksimakan pengudaraan yang semula jadi.

SkyWorld juga telah mengambil inisiatif seperti menggunakan lampu jenis T5 bertenaga rendah di kawasan umum kerana lampu jenis ini menggunakan kuasa yang lebih rendah sekaligus menjadikan proses penjimatan penggunaan tenaga elektrik yang lebih efisyen.

Kelembapan Udara Yang Dipertingkatkan Dengan Tumbuh-Tumbuhan Hijau

SkyWorld akan menanam sehingga lebih 80 jenis tumbuhan untuk mengawal iklim persekitaran dan dikelilingi dengan seni bina berkonsepkan alam semula jadi yang mampu memberi ketenangan ketika beriadah bersama keluarga.

Bangunan ini juga dilengkapi dengan hutan dusun dan Savory Garden dimana anda juga boleh menikmati masa bersama keluarga di sini dengan menanam dan memetik buah-buahan dan sayur-sayuran organik.

Sistem Pengurusan Sisa Automatik

The Valley Residences @ SkySierra dilengkapi dengan sistem pengurusan sisa yang automatik, dimana anda hanya perlu buang sahaja di bahagian yang disediakan dan ia akan dibawa ke tempat pelupusan sampah tanpa memerlukan bantuan tukang cuci. Sistem ini tentunya akan mengurangkan tenaga pekerja dan menjadikan persekitaran kediaman kita lebih bersih dan dapat kurangkan bau busuk daripada sampah kita semua sekaligus membendung masalah serangga perosak.

Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik

Tidak banyak kediaman bertingkat pada masa ini memberi kemudahan pengecasan kenderaan elektrik. Tambahan pula inisiatif dari kerajaan untuk memberi pelepasan cukai bagi mereka yang membeli kenderaan elektrik, pasti ramai yang ingin membelinya tetapi risau tentang kemudahan pengecasannya. SkyWorld akan menyediakan stesen pengecasan kereta elektrik kuasa tinggi yang mana menurut SkyWorld mampu membuat pengecasan penuh dalam masa satu hingga tiga jam pengecasan bergantung kepada model kereta yang anda pakai. Cara penggunaannya juga mudah, dimana anda hanya perlu sentuh sahaja untuk membuat pembayaran dan mengecasnya.

Aplikasi SkyWorld Connect

Aplikasi ini direka khas oleh SkyWorld untuk memudahkan komunikasi diantara pemilik rumah, pejabat pengurusan dan sekuriti. Banyak perkara anda boleh uruskan dengan hanya menggunakan aplikasi ini sahaja seperti membuat laporan sekiranya berlaku kerosakan di rumah, pendaftaran pelawat dengan memberi akses menggunakan kod QR, tempahan penggunaan kemudahan seperti dewan serbaguna atau ruang BBQ, dan macam-macam lagi.

Ciri-Ciri Menarik Yang Lain

Selain itu, terdapat beberapa lagi perkara menarik tentang The Valley Residences @ SkySierra ini seperti:

  • Lif berkelajuan tinggi 3+1 (Lif servis)
  • Loker bungkusan untuk menyimpan barang yang dibeli secara atas talian dengan selamat
  • 5 peringkat keselamatan termasuk CCTV dan rondaan sekuriti 24 jam 
  • 2-3 tempat letak kereta bagi setiap unit

Mematuhi Piawaian Green Building Index (GBI)

Skyworld, sebagai syarikat pemaju yang turut menyumbang kepada program Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP), mereka telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan kualiti pembinaan bangunan dengan mematuhi piawaian Index Bangunan Hijau atau Green Building Index (GBI).

Apa itu GBI? Sebagai penerangan mudahnya, GBI adalah sistem pengiktirafan yang menilai kualiti bangunan yang berpotensi untuk mengoptimumkan penggunaan sumber tenaga alam sekitar dengan mengamalkan konsep mesra alam dari segi reka bentuk, pembinaan dan banyak lagi.

Lokasi Yang Strategik

The Valley Residences ini terletak di Jalan Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur. The Valley Residences merupakan fasa pertama untuk tapak pembinaan SkySierra yang sebesar 13.6 ekar secara keseluruhannya. Menariknya, SkySierra hanya 1.5km dari LRT Setiawangsa, 5km dari pusat bandar Kuala Lumpur dan 100m sahaja dari Aeon Mall AU2.

The Valley Residences ini dikelilingi dengan pelbagai kemudahan seperti Sekolah Antarabangsa Brighton, sekolah-sekolah rendah, hospital Gleneagles, dan juga taman-taman rekreasi seperti Taman Titiwangsa.

Pelan Rumah

Terdapat 4 jenis rumah yang ditawarkan di The Valley Residences @ SkySierra. Harga permulaannya adalah dari RM508,000 ke atas.

  • Type A – Saiz 800 sq. ft – 3R + 2B
  • Type B – Saiz 1,018 sq. ft – 3R + 2B (Unit Dual Key)
  • Type C – Saiz 1,118 sq. ft – 3+1R + 3B
  • Type D – Saiz 1,318 sq. ft – 4R + 3B (Unit Dual Key)

Bangunan-Bangunan Binaan SkyWorld Menerima Pengiktirafan Daripada QLASSIC

SkyWorld telah membangunkan banyak bangunan perumahan dan mereka telah berjaya mematuhi piawaian-piawaian yang telah ditetapkan untuk industri perumahan serta menerima pengiktirafan daripada QLASSIC (Quality Assessment System in Construction) yang merupakan sistem atau kaedah untuk menilai kualiti kemahiran kerja berdasarkan Construction Industry Standard (CIS 7:2014). Antara projek SkyWorld yang berjaya mendapat pengiktirafan daripada QLASSIC adalah SkyLuxe On The Park dengan markah 85%, SkyAwani 2 dengan markah 79% dan banyak lagi.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, The Valley Residences yang terletak di Setiawangsa ini memang akan memenuhi kriteria rumah impian jika anda sedang mencari konsep perumahan yang moden. Banyak juga kemudahan yang disediakan, iaitu sehingga lebih daripada 60 kemudahan di 5 aras berlainan. Kemudahan lain yang anda boleh akses di persekitarannya juga banyak, seperti pusat membeli-belah, sekolah, hospital dan pusat-pusat untuk aktiviti masa lapang.

Untuk pengetahuan anda juga, The Valley Residences ini juga telah memenangi banyak anugerah. Antaranya adalah anugerah pembangunan perumahan yang mesra keluarga bermula pada tahun 2018, pemenang anugerah Seni Bina Kediaman Bertingkat Tinggi untuk 2019-2020 dan banyak lagi. Jadi, sekaranglah masa terbaik untuk anda memiliki kediaman dan nikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak SkyWorld melalui kawasan perumahan baharu mereka iaitu The Valley Residences.

Blok terakhir The Valley Residences ini sudah dibuka untuk dijual dan boleh dimiliki pada harga bermula RM508,000 untuk unit dengan saiz bermula 1,018 kaki persegi bersama komitmen bulanan bermula RM1,9XX. Untuk membuat tempahan, bayaran yang dikenakan hanyalah RM1,000 sahaja. Anda juga boleh berjimat sehingga RM22,000 di bawah Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2020-2021. Melaluinya juga anda boleh mendapatkan pengecualian Duti Setem dan Pengecualian MOT, dan yuran guaman percuma untuk SPA dan perjanjian pinjaman dimana semua ini bergantung kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Unit rumah adalah terhad. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai The Valley Residences:

Hubungi : (03) 9212-0457

Waze : SkyWorld Gallery @ Setiawangsa

Penafian : Advertorial daripada SkyWorld


Komen ()