GrabFood hari ini telah berkongsi beberapa statistik menarik berkaitan perkembangan dan penggunaan platform berkenaan di Malaysia. Berkongsi mengenainya, GrabFood mengatakan kini secara purata pengguna berbelanja sekitar RM17 ke RM19 untuk makan tengah hari.
Antara makanan yang popular adalah ayam goreng, nasi lemak, dan juga burger. Menariknya, ramai dilihat membuat tempahan minuman “Milk Tea” bersama-sama dengan tempahan makan tengah hari mereka.
GrabFood juga berkongsi mengatakan hampir 8 juta makanan berasaskan ayam telah ditempah pengguna sepanjang tahun 2020 yang lepas – ketika waktu makan tengah hari sahaja.
Selain daripada makan tengah hari, GrabFood turut mengatakan pengguna berbelanja sekitar RM18 ke RM20 untuk makan malam. Disebabkan PKP, waktu tempahan yang tinggi untuk makan malam adalah antara pukul 6 petang ke 7 malam.