Cari @ Amanz

Grab hari ini berkongsi beberapa statistik menarik berkaitan penggunaan platform mereka untuk tempahan makanan. Disebabkan oleh pandemik, GrabFood turut memperlihatkan segmen makanan pagi yang meningkat tinggi, dan lebih ramai mula menggunakannya.

Seperti ramai sedia maklum, sebelum ini ramai akan keluar rumah dalam mendapatkan makanan pagi. Namun, disebabkan PKP dan sebagainya, ramai dilihat memilih untuk melakukan tempahan terus melalui aplikasi GrabFood.

Secara purata, pengguna dilihat berbelanja antara RM10 ke RM12 untuk makan pagi, dan tempahan paling tinggi berlaku antara pukul 9 pagi ke 10 pagi.

Antara makanan popular adalah seperti roti canai, nasi lemak dan char kuey teow, selain air kopi dan teh turut memperlihatkan peningkatan tinggi pada 2020 lepas.

Sekiranya anda merupakan penjual makanan, mungkin turut boleh melihat ke segmen ini, serta menawarkan berkas makanan yang menyertakan air bersama.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd