Xiaomi 11T Pro Terima Skor DxOMark Sebanyak 117 Mata Untuk Kamera Utama

Diterbitkan pada Okt 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi mengambil pendekatakn untuk tidak lagi menggunakan penjenamaan ‘Mi’ pada perantinya menerusi pengenalan siri Xiaomi 11T, tempoh hari. Terdapat dua model yang telah diumumkan dan salah satu daripadanya adalah Xiaomi 11T Pro.

Seperti yang diiklankan, sokongan fotografi dan videografi yang baik adalah fokus utama pada peranti berkenaan. Melaluinya, Xiaomi telah memperkasakannya dengan ciri dan fungsi yang pelbagai bagi menjadikan pengalaman fotografi dan videografi pengguna lebih menarik. Lanjutan daripada itu juga, DxOMark kini telah berkongsi laporan mengenai prestasi kamera utamanya.

Xiaomi 11T Pro dilihat menerima skor daripada DxOMark sebanyak 117 mata untuk kamera utama. Melaluinya, ia mencatatkan 125 mata untuk keupayaan fotografi, 39 mata untuk keupayaan zum dan 110 mata pula untuk keupayaan video. Kutipan markah ini juga sekaligus meletakkannya setanding dengan keupayaan kamera pada Samsung Galaxy Note 10 Plus dan Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G.

Pujian diberikan kepada kemampuan kamera menghasilkan tangkapan untuk foto dan video dengan pendedahan yang baik. Selain itu, penghasilan semula warna juga memuaskan untuk hasil gambar potret, sistem autofokus yang tepat, perincian baik dalam video dan pratonton imej pada peranti yang sama seakan gambar terhasil.

Kritikan pula diberikan kepada butiran pada gambar agak kurang memuaskan, penghasilan semula warna kurang jelas untuk hasil gambar landskap dan masalah hingar yang ketara dalam penghasilan foto dan video pada pencahayaan rendah.

Sumber : DxOMark

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami