Ivermectin ialah pil yang menjadi kontroversi penggunanya di dunia untuk merawat pesakit Covid-19. Dalam beberapa kajian sains yang dilakukan sejak pandemik bermula, ia didapati tidak membantu untuk merawat pesakit tetapi masih ramai percaya wujud konspirasi untuk menidakkan keberkesanannya. Di Malaysia kajian Ivermectin Treatment Efficacy in Covid-19 High-Risk Patients (I-Tech) telah dilakukan beberapa bulan yang lau dan pada minggu depan keputusannya akan diterbitkan.

Di Malaysia sebanyak 500 orang pesakit terlibat dalam kajian I-Tech dengan laporan sedang disediakan sebelum dikongsi kepada Kementerian Kesihatan dan orang awam. Laporan diharap akan menjawab persoalan sama ada Ivermectin – ubat yang direka untuk melawat masalah cacing pada haiwan ternakan benar-benar boleh membantu pesakit Covid-19.
Walaupun pelbagai kajian yang telah dilakukan menunjukkan ia tidak berkesan, di Malaysia gerakan Ivermectin mempunyai pengikut yang kuat khususnya di kalangan ahli parlimen. Desakan supaya KKM menggunakan ubat yang tidak terbukti berkesan ini ialah penyebab mengapa kajian I-Tech dilakukan.
Sumber NST