Apple Kini Mempunyai Lebih 745 Juta Pelanggan Berbayar Untuk Perkhidmatan Mereka

Diterbitkan pada Okt 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple sedia menawarkan sejumlah perkhidmatan langganan, termasuk antaranya adalah Apple Music untuk lagu dan muzik, Apple TV Plus untuk filem dan siri-TV, Apple Arcade untuk permainan, Apple News Plus untuk berita, Apple Fitness Plus untuk kandungan kecergasan, dan juga iCloud untuk storan awan.

Bercakap mengenainya, kini Apple mengatakan mempunyai 745 juta pelanggan berbayar untuk perkhidmatan mereka.

Ia memperlihatkan peningkatan sebanyak 160 juta langganan berbanding tahun lepas.

Apple sedia menawarkan langganan mereka secara berasingan, selain turut menawarkannya dalam bentuk berkas pada harga diskaun melalui Apple One.

Di Malaysia sendiri, Apple akan menawarkan Apple Fitness Plus bermula bulan November ini pada harga langganan RM19.90 sebulan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami