Mola, salah satu perkhidmatan penstriman dari rantau Asia Tenggara kini telah mula menawarkan perkhidmatan mereka kepada pengguna di Malaysia.
Mola mengatakan mereka menawarkan filem dan siri-TV yang melalui pemilihan oleh mereka, dan bukan ditambah semata-mata untuk perbanyakkan katalog. Ia turut menawarkan akses kepada beberapa acara langsung selain filem dan siri-TV, terutamanya memfokuskan sukan seperti UFC, Bellator MMA, dan juga Serie B.

Selain daripada itu, Mola turut menawarkan kandungan berbentuk perbualan langsung oleh selebriti seperti Gary Vaynerchuck, Mike Tyson dan sebagainya. Berbeza dengan siaran biasa, penonton boleh berinteraksi dengan menghantar soalan, atau membuat permintaan lagu melalui aplikasi.
Untuk pasaran tempatan, Mola akan ditawarkan secara percuma untuk bulan pertama, dan berharga RM34.99 selepas itu.