Kerajaan hari ini mengumumkan Belanjawan 2022, dan selari dengannya turut berkongsi sejumlah inisiatif yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan.
Salah satunya adalah Inisiaitf PerantiSiswa Keluarga Malaysia. Dibawah program ini, kerajaan akan memberikan tablet bagi setiap pelajar golongan B40 di IPT.

Peruntukkan berjumlah RM450 juta ini akan membantu sekitar 600,000 mahasiswa di Malaysia. Dengan ini, tablet bernilai RM750 akan diberikan kepada setiap pelajar yang tersenarai dibawah inisiatif ini.
Disamping sumbangan kerajaan, syarikat telekomunikasi turut akan menawarkan sumbangan sebanyak RM65 juta.
Kita mungkin mendengar lanjut berkenaan dengan pelaksanaan ini menjelang tahun 2022 kelak.