Cari @ Amanz

Kerajaan hari ini mengumumkan sejumlah inisiatif dibawah Belanjawan 2022. Salah satu yang turut diumumkan adalah untuk meningkatkan transaksi nirtunai di Malaysia.

Untuk mengalakkan perkara berkenaan, kerajaan mengumumkan program eStart (e-Skim Transaksi Tanpa Tunai). Dibawah itu sebanyak RM300 juta diperuntukkan.

Dengan ini, kerajaan akan memberikan RM150 untuk setiap seorang belia, dan akan melibatkan 2 juta belia. Pemberian akan diberikan melalui dompet digital terpilih. Belia berumur 18 ke 20 tahun, dan pelajar yang mengikuti pembelajaran sepenuh masa di IPT akan menerima pemberian ini.

Kita mungkin mendengar lanjut berkenaan pelaksanaan dan cara pendaftaran eStart ini dalam beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd