Cari @ Amanz

Di pembentangan Belanjawan 2022, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz telah membuat beberapa pengumuman mengenai industri e-sukan tempatan dan antarabangsa. Beliau mengatakan bahawa oleh kerana baru-baru ini sejumlah daripada atlet-atlet e-sukan ini memenangi acara e-sukan terkemuka di dalam dan luar negara, kerajaan telah membuat keputusan untuk mengecualikan mereka daripada membayar cukai untuk hadiah wang yang dimenangi mereka.

Ini adalah untuk memberi atlet-atlet ini insentif untuk memenangi lebih banyak pertandingan e-sukan lagi dan mengharumkan nama negara. Dalam pada itu, kerajaan Malaysia, melalui Kementerian Belia dan Sukan juga akan melaburkan RM20 juta untuk membangunkan pertandingan-pertandingan e-sukan kebangsaan, yang juga boleh dijadikan acara antarabangsa.

Dalam pada itu, oleh kerana industri dron dilihat semakin meningkat namanya di sektor tempatan, beliau juga mengumumkan bahawa RM5 juta akan digunakan untuk membangunkan Pusat Kecemerlangan Sukan Dron. Ini dilihat akan membolehkan ramai pemilik-pemilik dron tempatan untuk mencuba aktiviti lumba dron secara selamat dan dalam lokasi yang diluluskan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd