Cari @ Amanz

Ekonomi tempatan kini baru dibuka semula, dan diantara industri-industri hiburan yang mahu diakses oleh orang ramai ialah sektor pelancongan, hiburan dan wayang.

Sewaktu pembentangan Belanjawan 2022, Menteri Kewangan Tan Sri Zafrul Aziz telah mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan pengecualian duti hiburan untuk taman tema dan panggung wayang di kawasan-kawasan Wilayah Persekutuan dari sekarang sehingga 31 Disember 2022 untuk meningkatkan perbelanjaan rakyat supaya saluran wang ke industri-industri tempatan akan terus ditingkatkan.

Ini bermakna bahawa tanda harga untuk masuk ke panggung wayang dan juga taman tema boleh memperlihatkan harga yang sedikit lebih rendah daripada biasa, supaya lebih ramai rakyat tempatan boleh mula menikmati hiburan-hiburan tempatan pada harga lebih mampu.

Tengku Zafrul turut mengatakan bahawa jika diingini, kerajaan negeri juga boleh melakukan perkara yang sama jika diingini untuk meningkatkan ekonomi sektor ekonomi negeri.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd