Cari @ Amanz

Dengan perkembangan arena edagang dan selaras dengan amalan di peringkat antarabangsa, kini kerajaan bercadang untuk memberikan layanan cukai sama rata untuk beberapa perkara, termasuk untuk barangan bernilai rendah dari luar negara.

Kerajaan mengatakan cukai jualan akan dikenakan ke atas barang bernilai rendah dari luar negara yang dijual oleh peniaga atas-talian dan dihantar kepada pengguna di Malaysia melalui perkhidmatan kurier udara.

Langkah ini semestinya akan melegakan para penjual edagang tempatan, dan dapat bersaing dengan sihat lagi dengan para penjual luar di sesuatu platform edagang.

Selain itu, cukai perkhidmatan juga akan dikenakan ke atas perkhidmatan penghantaran barang yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan termasuk platform edagang – kecuali perkhidmatan penghantaran makanan dan minuman, serta perkhidmatan logistik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd