Cari @ Amanz

Pada tahun lepas, program JENDELA diperkenalkan untuk menambahbaik jaringan internet di seluruh Malaysia, khususnya untuk mereka yang duduk di kawasan luar bandar dan juga pedalaman. Sehingga kini, sejumlah banyak kawasan-kawasan luar bandar telah memperlihatkan penambahan jaringan internet mudah-alih yang diperbaiki.

Untuk tahun 2022, kerajaan dilihat akan memperuntukkan RM700 juta untuk menambahbaik lebih banyak kawasan-kawasan di luar bandar, termasuklah 47 kawasan perindustrian dan juga 630 bangunan sekolah. Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz juga mengatakan bahawa RM30 juta akan diperuntukkan untuk menyediakan kemudahan internet di 40 lokasi PPR di seluruh negara kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd