Microsoft Mengatasi Apple Sebagai Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Bernilai $2.45 Trilion
October 29, 2021
Apple
Microsoft
Aman
Microsoft hari ini mengatasi Apple sebagai syarikat paling bernilai di dunia dari segi nilai pasaran. Microsoft pada hari ini mencatatkan ilai pasaran sekitar $2.45 trilion, sementara Apple pula adalah sekitar $2.43 trilion.
Peningkatan harga saham Microsoft ini adalah selari dengan pengumuman penyata kewangan untuk suku yang lepas, memperlihatkan peningkatan 22% berbanding tahun sebelumnya.
Selain Microsoft, Apple turut telah mengumumkan penyata kewangan terkini mereka, memperlihatkan syarikat sedikit terkesan disebabkan oleh kekurangan cip yang berlaku di dunia.
Microsoft dilihat kurang terjejas kerana lebih memfokuskan kepada perisian dan perkhidmatan awanan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.