Cari @ Amanz

Elon Musk kini menjadi manusia pertama di dunia dengan nilai kekayaan melangkaui $300 bilion. Ketika artikel ini ditulis, nilai kekayaan Elon Musk adalah sekitar $302 bilion.

Dengan perkembangan terbaru ini, jarak kekayaan antara Elon Musk dengan Jeff Bezos adalah lebih $100 bilion. Jeff Bezos kini mempunyai nilai kekayaan sekitar $199 bilion.

Elon Musk

Nilai kekayaan Elon Musk meningkat selari dengan harga saham Tesla yang meningkat mendadak pada minggu ini disebabkan oleh tempahan 100,000 kenderaan Tesla oleh salah satu syarikat sewa kenderaan berpusat di Amerika.

Kekayaan Elon Musk ini sendiri adalah lebih tinggi daripada nilai syarikat Toyota yang bernilai sekitar $283 bilion.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd