Meta (Facebook) Ambil-Alih Within, Syarikat Disebalik Permainan Kecergasan
October 30, 2021
Realiti Maya
Web 2.0
Aman
Baru sahaja semalam Facebook mengumumkan penjenamaan semula syarikat kepada Meta, dan hari ini, dalam mengukuhkan kedudukan lagi dalam arena realiti-maya dan dunia meta, mereka mengambil-alih Within.

Within merupakan syarikat disebalik Supernatural, iaitu sebuah permainan berasaskan realiti-maya dan memfokuskan kepada kecergasan.
Dengan pengambil-alihan ini, Within akan menyertai bahagian Oculus, dan terus menawarkan aplikasi kecergasan mereka, disamping pada masa yang sama membantu menambah-baik penawaran realiti-maya dibawah Meta.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.