Cari @ Amanz

Ada kalanya kita merakamkan gambar, dan terdapat objek yang tidak digemari yang kita ingin buang. Kebiasaanya, proses membuat suntingan berkenaan agak sukar dan mengambil masa. Namun, dengan perkembangan arena kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin, perkara berkenaan semakin mudah dari hari ke hari.

Kini, salah satu perkhidmatan yang memudahkan proses anda membuang objek dengan mudah dari gambar adalah laman web Cleanup.pictures.

Pada laman web berkenaan, anda hanya perlu menambah gambar yang anda ingin sunting, seterusnya mewarnakan bahagian yang anda ingin padam. Selepas seketika, sistem akan memproses dan memadam objek atau orang dari gambar berkenaan.

Daripada ujian kami sendiri, perkhidmatan ini menawarkan kemudahan memadam gambar yang sangat baik berbanding beberapa lain di pasaran. Malah, proses untuknya juga adalah mudah. Untuk makluman, ia menggunakan teknologi LaMa yang dibangunkan oleh Samsung. Malah, Cleanup.pictures sendiri menawarkan kod sumber mereka melalui laman GitHub.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd