Galaxy S22 Dijangka Dilancarkan Pada Penghujung Januari Atau Awal Februari

Diterbitkan pada Okt 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada setiap tahun, salah satu telefon mercu yang dinantikan ramai peminat peranti seluruh dunia adalah siri Galaxy S daripada Samsung. Untuk tahun 2022, Samsung dijangka memperkenalkan Samsung Galaxy S22.

Pada tahun ini, Samsung telah mempercepatkan pengenalan, dan mengumukan Galaxy S21 pada awal Januari. Namun, perkara sama dijangka tidak berlaku pada tahun hadapan. Hal ini adalah disebabkan oleh masalah bekalan semikonduktor yang turut memberikan impak terhadap Samsung.

Mengikut desas-desus awal, Samsung dijangka memperkenalkan Galaxy S22 pada lewat Januari, atau pada awal bulan Februari 2022 kelak.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut, bagaimana Samsung menyusun jadual pengenalan peranti mereka untuk tahun 2022 kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami