Carian
Pengguna Chrome? Kemaskini Pelayar Web Anda Sekarang!
October 30, 2021 Aman

Google kini telah mengeluarkan kemaskini sekuriti terbaru untuk Chrome, bertarikh 28 Oktober 2021. Google melabelkan ia sebagai kemaskini sekuriti kecemasan, mengatasi lapan kerentanan pada pelayar web.

Ia dilabelkan sebagai kemaskini kecemasan kerana dua daripada kerentanan berkenaan sedang digunakan pengodam dalam melakukan serangan. Google masih tidak berkongsi akan sebesar mana serangan melibatkan kerentanan ini.

Bagi anda yang menggunakan Google Chrome di desktop, boleh ke halaman Menu > Help > About Google Chrome, dan lakukan kemaskini pada pelayar web desktop anda.

Komen