Roblox Menghadapi Masalah Teknikal – Tidak Boleh Diakses Lebih Sehari, Memberi Kesan Terhadap Jutaan Pemain

Diterbitkan pada Okt 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Roblox, salah satu permainan atas-talian popular, kini dilihat menghadapi masalah untuk diakses, dan telah tidak boleh diakses untuk tempoh lebih 35 jam.

Buat masa ini, pihak Roblox masih tidak berkongsi berkenaan dengan apakah yang menyebabkan masalah pelayan atau permainan berkenaan yang membuatkan ia tidak boleh diakses.

Beberapa pengguna telah mengaitkan masalah akses Roblox ini dengan promosi Chipotle yang memberikan hadiah bernilai $1 juta dala bentuk makanan. Namun, pihak Roblox menidakkan perkara berkenaan.

Sebelum ini, Roblox telah mengatakan mempunyai lebih 40 juta pemain di seluruh dunia, dengan ramai yang berumur bawah 13 tahun memainkannya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami