Cari @ Amanz

IKEA kini telah mula berkongsi gambar acah untuk penawaran produk IKEA Gaming untuk pasaran Malaysia. Selepas mengatakan ia bakal hadir pada bulan November sebelum ini, perkongsian terbaru IKEA memperlihatkan tarikh 11 November 2021 untuk penawaran produk berkenaan di Malaysia.

Melalui IKEA Gaming, sejumlah produk yang dioptimasikan untuk kemudahan para pemain permainan video ditawarkan – dari pada meja, kerusi dan pelbagai aksesori lain, dalam memberikan keselesaan kepada pengguna.

IKEA turut bekerjasama dengan pihak Asus ROG dalam membangunkan beberapa penawaran perabot IKEA Gaming ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut dalam beberapa hari lagi berkenaan penawaran harga dan sebagainya untuk IKEA Gaming ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd