Kerangka Titanium iPhone 13 Ini Lebih Mahal Daripada Telefon Yang Dilindungi

Diterbitkan pada Okt 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Aksesori kerangka telefon pintar biasanya dibeli untuk melindungi peranti yang mahal. Dengan kerangka yang murah sekalipun, kerosakan lebih mahal dapat dielakkan. Tetapi kerangka Alter Ego yang diperbuat daripada titanium adalah lebih dua kali ganda lebih mahal berbanding telefon yang cuba dilindungi.

Dengan harga jualan bermula $1899 (~RM7863) sebuah, kerangka ini juga adalah amat minimalis dengan perlindungan diberikan pada bucu telefon dan panel belakang. Bagi yang mempunyai duit lebih, versi Aurora dijual pada harga $3199 (~RM13247) sebuah dengan kemasan ungu apabila dilihat pada sudut tertentu. Kami di Amanz menyarankan pembelian kerangka untuk peranti atas faktor keselamatan tetapi janganlah sehingga melampau seperti ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami