FreeOffice 2021 – Satu Lagi Perisian Pejabat Percuma Untuk Pengguna Windows

Diterbitkan pada Okt 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada hari ini, terdapat beberapa perisian pejabat alternatif kepada Microsoft Office disediakan di pasaran. Salah satu adalah Softmaker, dan terbaru mereka telah pun menawarkan FreeOffice 2021 untuk Windows, Linux dan juga macOS.

FreeOffice 2021 hadir dengan aplikasi TextMaker (alternatif untuk Word), PlanMaker (alternatif untuk Excel) dan juga Presentations (alternatif untuk PowerPoint).

FreeOffice 2021 sedia menawarkan sokongan untuk dokumen format Microsoft Office – sekaligus memudahkan anda membuka sebarang dokumen berformat Microsoft Office menggunakan FreeOffice ini.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba FreeOffice hari ini secara percuma. Selain FreeOffice, antara perisian pejabat percuma lain adalah LibreOffice.

Layari : FreeOffice

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami