Nothing Mengatakan Terdapat Pesaing Yang Cuba Halang Akses Bekalan Komponen Kepada Mereka

Diterbitkan pada Okt 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nothing telah pun memperkenalkan fon telinga pertama mereka, dinamakan Nothing Ear (1). Sehingga kini, Nothing mengatakan telah menerima tempahan sebanyak 320,000 unit, dan 180,000 telah pun dihantar.

Mengikut sasaran awal, Nothing mengatakan mereka menyasarkan pengeluaran berjumlah 600,000 unit – dan membandingkan ia dengan iPod keluaran Apple yang sekitar 400,000 unit ketika itu.

Pada masa yang sama, Carl Pei turut mengatakan terdapat pesaing besar yang menyerang rantaian belakang mereka, cuba untuk menghalang akses Nothing kepada komponen utama.

Tiada nama yang dinyatakan, tetapi Nothing mengatakan mereka mengambilnya sebagai tanda hormat.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami