Bagaimana Membuang Latar Belakang Pada Gambar & Hasilkan Gambar Produk / Poster Pantas?

Diterbitkan pada Okt 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Photoroom merupakan salah satu aplikasi penyunting gambar yang menarik pada Android dan iPhone. Menggunakan aplikasi ini, pengguna boleh membuang latar pada sesuatu gambar dengan mudah secara automatik – dan menggunakannya dalam menghasilkan gambar produk, poster dan sebagainya.

Photoroom ditawarkan secara percuma untuk Android dan iPhone. Sebaik sahaja memuat-turun, pengguna akan diberikan untuk mencuba dengan memilih gambar.

Sebaik sahaja gambar dipilih, aplikasi akan melakukan imbasan, dan membuang bahagian latar pada gambar dengan pantas. Melalui percubaan kami, pelbagai gambar berjaya dibuang gambar latar secara automatik dengan pantas dan tepat.

Selesai sahaja membuang latar belakang, pengguna akan diberikan pilihan untuk melakukan penyuntingan seperti membuat poster, gambar profil dan sebagainya.

Bagi anda yang melakukan promosi di web, menguruskan kedai atas-talian dan sebagainya, boleh mencuba aplikasi Photoroom ini hari ini.

Versi berbayar aplikasi ini ditawarkan untuk membuang watermark, selain menawarkan akses kepada pelbagai template premium.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami