Carian
Apple Dijangka Memperkenalkan Peranti Realiti-Terimbuh Seawal 2022
November 1, 2021 Aman

Apple sedia diperkatakan beberapa kali sedang membangunkan kaca mata pintar, selain peranti AR/VR untuk pengguna awam. Terbaru, hari ini hadir laporan daripada Bloomberg, mengatakan Apple dijangka memperkenalkan peranti realiti-terimbuh mereka seawal 2022 kelak.

Peranti pertama Apple ini dijangka akan menawarkan integrasi AR dan juga VR. Apple juga dijangka akan menawarkan kebolehan menikmati permainan dengan grafik tinggi melalui set realiti-terimbuh mereka ini.

Peranti ini dijangka akan menjadi titik tolak Apple dalam arena dunia meta yang hangat diperkatakan ramai akhir-akhir ini. Seperti ramai sedia maklum, sebelum ini sendiri iPhone mengambil beberapa iterasi sebelum menawarkan pengalaman menyeluruh. Peranti ini juga dijangka akan mengambil masa pembangunan beberapa tahun sebelum kita melihat kaca mata Apple yang akan digunakan meluas.

Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan tahun 2022, dan bagaimana dunia realiti-terimbuh ini akan berkembang kelak.

Komen