Cari @ Amanz

Setelah hampir 3 hari menghadapi masalah untuk mengakses perkhidmata Roblox, kini ia kembali beroperasi secara berperingkat.

Pihak Roblox tidak menyatakan apakah sebab disebaliknya buat masa ini. Sebaliknya, mereka mengatakan sedang mengembalikan operasi secara berperingkat mengikut rantau.

Roblox merupakan salah satu permainan dunia maya yang popular, terutamanya dikalangan kanak-kanak. Ia mempunyai sekitar 40 juta pengguna setiap hari, dan semestinya masalah teknikal yang dihadapi ini mempunyai kesan terhadap penggunaan dan kepercayaan sistem Roblox selepas ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd