Carian
Lenovo Dilihat Bakal Hadir Dengan ThinkBook Plus Bersama Skrin Kedua
November 1, 2021 Aman

Lenovo kini dilihat sedang membangunkan Lenovo ThinkBook Plus bersaiz 17-inci, dan menariknya turut menyertakan skrin kedua pada bahagian papan kekunci.

Skrin kedua ini diposisikan pada bahagian kanan (mungkin membuatkan pengguna kidal agak kurang selesa), dan turut menyokong input berasaskan stylus untuk memudahkan anda melukis terus.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Lenovo akan memperkenalkan ThinkBook Plus baharu ini. Bagi anda, apakah komen anda terhadap rekaan komputer riba seperti ini?

Komen