Cari @ Amanz

Pada Belanjawan 2022 yang diumumkan pada minggu lepas, kerajaan telah berkongsi berkenaan dengan inisiatif PerantiSiswa yang ingin membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di IPT seluruh negara.

Selari dengannya, kini SKMM turut berkongsi lanjut mengenainya.

Inisiatif PerantiSiswa ini ditawarkan kepada semua pelajar sepenuh masa dari keluarga B40, dan kerajaan peruntukkan sebanyak RM450 juta yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.

Syarikat telekomunikasi yang terlibat dengan penawaran pakej ini adalah termasuk Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia dan juga YTL.

SKMM mengatakan pendaftaran untuk PerantiSiswa ini akan bermula pada suku kedua 2022 kelak – dimana kita akan mengetahui lanjut berkenaan penawaran pakej dan bagaimana mendapatkan tablet percuma berkenaan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd