Antara fungsi menarik yang diperkenalkan Apple untuk iOS adalah SharePlay, dalam iOS 15. Ia membenarkan pengguna berkongsi skrin, muzik yang dimainkan, lakukan tonton video bersama melalui FaceTime.
Kini, ciri berkenaa hadir dalam kemaskini yang baru diedarkan minggu lepas, iOS 15.1. Penggunaan kongsi skrin dan tonton bersama merupakan fungsi yang banyak orang gunakan ketika pandemik Covid-19. Ia biasanya digunakan bersama-sama dengan aplikasi telesidang atau perisian/pemalam pada pelayar web.
Dengan kehadiran SharePlay yang terbina secara natif dalam iOS, ia membolehkan pengguna dalam ekosistem Apple ini menikmati ciri ini semua secara percuma. Jadi bagaimana untuk anda menggunakan fungsi ini?
Langkah 1 – Beli iPhone
Walaupun iOS 15 telah membenarkan pengguna Android, Windows dan platform lain menggunakan FaceTime melalui pelayar web. Sebuah iPhone atau satu peranti dengan iOS 15/iPadOS 15 perlu ada untuk menjemput. Kemudian pengguna pada pada pelayar web sama ada Safari sendiri, Android dan Windows tidak boleh menggunakan SharePlay.
Langkah 2 – Tetapkan FaceTime
Entah kenapa, ramai yang saya jumpa yang tidak pernah menggunakan iPhone atau iPad, apabila pertama kali menggunakan sebuah – mereka kerap terlupa atau terlepas pandang akan tetapan FaceTime dan iMessage. Ini adalah perkara wajib untuk menyelami dunia iOS. FaceTime dan iMessage akan mengubah persepsi anda dalam permesejan dan panggilan video.
Hanya dengan FaceTime sahaja akses SharePlay ini boleh dilihat. Jadi selepas selesai ayuh ke langkah seterusnya.
Langkah 3 – Panggil Orang Atau Jemput Mereka

Selepas selesai pengaktifan dan tetapan FaceTime, terus panggil rakan, insan tersayang atau jemput sesiapa melalui pautan. Pada iOS 15 dan iPad OS 15 pautan boleh terus dikongsi dengan mudah. Lihat tetapan pada peserta, pastikan notifkasi dihidupkan agar pentadbir sedar siapa yang menyertai.
Tunggu mereka terima panggilan anda dan tidak salah mulakan dengan tegur sapa.
Langkah 4 – Buka Aplikasi Untuk Dikongsi
Sudah cukup sekurang-kurangnya dua orang, buka sahaja Apple TV atau Apple Music atau TikTok – kerana buat masa ini aplikasi yang menyokongnya terhad. Tidak kira filem atau siri TV, atau juga muzik yang disitrim daripada Apple Music – semuanya boleh dikongsi bersama.
Sedang anda tonton video atau mendengar muzik dan terus menerima panggilan atau sementara menanti panggilan diterima anda sambung tonton/dengar – ikon SharePlay akan terus terpapar pada bar kawalan.
Tekan sahaja ikon ini peserta dalam panggilan video akan menerima jemputan dan perlu tekan untuk sertai. Langganan Apple TV+ dan Apple Music wajib ada dalam ujian kami ini. Kerana jika tiada, Apple akan menggalakkan pengguna melanggan.

Untuk video pula, hanya Apple TV+sahaja yang boleh jika sama-sama melanggan, jika mainkan filem yang disewa atau beli peserta akan lihat mesej mereka tidak memiliki atau tidak mempunyai akses terhadap kandungan.
Pengguna turut boleh Ganti Sedia media yang sedang dimainkan, sama ada video atau muzik. Kerana hanya salah satu sahaja boleh digunakan. Apabila sesuatu media sedang dimainkan, sesiapa sahaja ada kawalan untuk maju, mundur atau jeda.
Langkah 5 – Kongsi Skrin Untuk Produktiviti Maksima
Sudah lama ada pada Google Meet, Zoom, Teams, tapi pada perkhidmatan milik Apple sendiri bagaimana? Sudah tentu Apple tidak ingin ketinggalan dan turut hadir dengan iterasi tersendiri. Dalam sesi panggilan FaceTime, selain berkongsi video atau muzik, pengguna turut boleh berkongsi skrin.

Jadi nak intai WhatsApp rakan, kongsi PDF untuk membaca bersama, semak senarai, pembentangan ringkas untuk kerja penting dan banyak lagi kini boleh dilakukan secara terus pada iPhone atau iPad.
Permua tidak boleh digunakan untuk multi-pemain, serta hanya pemilik skrin sahaja ada kawalan kepada sentuhan dan peranti. Peserta dan yang sedang menonton hanya sekadar menstrim secara langsung skrin telefon pengguna satu lagi.
Langkah 6 – Kongsi Di Media Sosial Kerana Ini Fungsi Cool
Tidak sah kalau telah mencuba sesuatu yang baru pada telefon, lagi-lagi iOS dan iPhone, tidak dikongsi di media sosial. Mesti anda ingin kongsi tangkapan layar, rakaman skrin atau terus rakam video cara penggunaan dan letak pelbagai tanda tagar dan harapkan video menegak anda keluar dan tular di TikTok?

Pastikan anda kabur nombor telefon atau alamat emel yang tertera dalam antaramuka FaceTime ketika menggunakan SharePlay. Letak pelekat atau penuras untuk tutuk bahagian yang mendedahkan maklumat peribadi dan jangan terus kongsi.
Fungsi ini bukanlah yang terbaik kerana banyak aplikasi yang masih terhad. Aplikasi penstriman popular seperti YouTube, Netflix, Spotify dan banyak lagi masih tidak menyokong kongsi kandungan ini lagi. Kemudian setiap pengguna perlu ada langganan.
Perlu diingatkan sekali lagi yang semua ini berada dalam iOS 15.1, terbina secara natif. Jika seseorang itu memang ekosistem Apple segalanya – ia adalah satu ciri yang memuaskan.