Cari @ Amanz

Tentera paling berkuasa di dunia akan hancur tanpa sokongan logistik. Ini dibuktikan oleh kegagalan tentera Jerman di Staingrad dan menjadi kunci kejayaan Salahuddin Ayyubi merampas semula Baitulmuqaddis. Antara bekalan paling penting untuk tentera moden ialah bahan api untuk kenderaan, sistem senjata dan menjalan bekalan elektrik. Bagi menyelesaikan isu logistik ini, Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) ingin menghasilkan bahan api daripada udara.

USAF akan menggunakan teknologi dari syarikat Twelve yang berjaya menghasilkan bahan ape E-Jet menggunakan karbon dioksida dan air serta sumber kuasa lestari. Bahan api sintetik ini dihasilkan menerusi proses sintesis Fischer-Tropsch (FT) yang telah wujud sejak 1920an lagi. Ia adalah proses yang kompleks kerana memerlukan beberapa pusingan proses, pemangkin dan mahal.

Penggunaannya oleh USAF adalah bagi mengurangkan keperluan logistik yang mahal serta berbahaya khususnya di medan perang. Dianggarkan 30% korban Perang Afganistan melibatkan anggota logistik yang membawa bekalan air dan bahan api ke lokasi yang diperlukan. Sekiranya pangkalan udara boleh menghasilkan bahan apinya sendiri, ia boleh beroperasi tanpa memerlukan sokongan logistik yang kerap.

Sumber The Warzone Wire

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd