Cari @ Amanz

Canon ialah syarikat pengimejan dari Jepun yang cukup terkenal untuk kamera-kamera mereka. Tidak kira kamera DSLR ataupun kamera biasa, mereka mempunyai pelbagai pilihan untuk anda. Terkini, mereka telah memperkenalkan sebuah kamera yang cukup unik yang dinamakan Canon PowerShot PX.

Terdapat beberapa benda yang menarik mengenai kamera PowerShot PX ini. Pertama ialah rekaannya yang mempunyai rekaan seperti kamera pengawal yang biasanya diperlihatkan untuk mengawasi anak-anak kecil ataupun haiwan peliharaan.

Lebih dari itu, kamera ini hadir dengan fungsi kecerdasan buatan yang membolehkannya untuk mengambil gambar keluarga secara kendiri tanpa memerlukan input daripada pengguna. yang mana ia akan mengambil gambar bersaiz 11.7MP secara kendiri, yang kemudiannya akan dimuat-naik ke peranti pengguna melalui aplikasi Canon yang boleh dimuat-turun. Ia juga mampu merakam video pada resolusi Full HD.

Ia hadir dengan sensor 1/2.3 inci, dimana lensanya hadir dengan nilai zum 19mm-57mm, mempunyai kebolehan untuk pusing ke kiri dan kanan 340 darjah dan keatas dan kebawah 110 darjah. Kamera ini boleh dicas dengan kabel USB Type-C, dan mempunyai kemampuan WiFi terbina yang boleh digunakan untuk disambungkan kepada peranti. Ia juga hadir dengan sokongan untuk kad memori terbina didalamnya untuk mereka yang mahu mengambil gambar dengan banyak.

Satu lagi fungsi menarik pada kamera ini ialah ia hadir dengan kawalan suara “Hello Pixie” yang akan mengambil gambar anda secara automatik.

Setakat ini, kamera Canon PowerShot PX ini diperlihatkan di beberapa pasaran terpilih pada harga 500 Euro. Canon Malaysia masih belum mengesahkan samada peranti ini akan diperkenalkan untuk pasaran tempatan ataupun tidak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd