Cari @ Amanz

Xiaomi Hey Plus Watch telah diperkenalkan secara rasmi di China. Ia merupakan sebuah penjejak kesihatan premium dengan sokongan skrin AMOLED Super Retina berukuran 1.78-inci. Ia juga menggunakan skrin berbentuk segi empat bersama satu butang fizikal yang terbina pada sisi.

Seterusnya, bingkai penjejak kesihatan ini diperbuat daripada aloi aliminium. Manakala, tali yang disertakan pula boleh ditanggalkan dan ditukar ganti sekiranya mahu. Lebih menarik, terdapat pelbagai jenis dan pilihan warna menarik yang tersedia untuk tali berkenaan. Selain itu, Xiaomi Hey Plus Watch juga menyokong lebih 100 mod sukan berbeza, di samping sokongan untuk pembayaran Alipay.

Dari segi fungsi, ia dilengkapi sensor terbina untuk pemantauan kesihatan seperti pengesanan kadar jantung sepanjang hari, SpO2 untuk pengesanan ketepuan oksigen dalam darah, pemantauan pola tidur, latihan penafasan dan sebagainya. Tambatan boleh dilakukan menerusi bluetooth untuk sambungan yang stabil. Di samping itu, ia juga membolehkan pengguna menerima pelbagai pemberitahun – seperti panggilan, aplikasi media sosial dan banyak lagi.

Untuk ketahanan bateri, Xiaomi Hey Plus Watch boleh beroperasi sehingga 29 hari untuk penggunaan yang sederhana, manakala sehingga 21 hari pula untuk penggunaan berat. Xiaomi Hey Plus Watch hanya ditawarkan menerusi laman biayasama Xiaomi Youpin pada harga RMB399 (~RM258).

Sumber : Gizmochina

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd