Tun M : “Saya Tidak Guna Kriptowang, Dan Tidak Galak Orang Guna Kriptowang”

Diterbitkan pada Nov 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tun Dr Mahathir Mohamad, kini mengatakan yang mana beliau tidak menggunakan kriptowang, dan tidak mengalakkan orang ramai dalam menggunakan kriptowang. Beliau menekankan beliau berpegang kepada matawang fizikal.

Tun Mahathir dilihat berkongsi berkenaan perkara ini kerana terdapat beberapa pengiklanan dan promosi palsu berkaitan kriptowang yang menggunakan nama beliau, selain seolah-olah beliau mengalakkan kriptowang.

Tun M menekankan pejabat beliau telah melakukan laporan terhadap iklan palsu berkenaan, dan perkongsian ini dilihat supaya dapat memaklumkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan sebarang kempen kriptowang menggunakan nama beliau.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami