Oppo A95 4G Dijangka Diperkenalkan Sekitar Bulan Ini

Diterbitkan pada Nov 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Baru-baru ini, terdapat desas-desus mengenai perancangan Oppo untuk hadir dengan model Oppo A95 versi 4G. Ia berikutan penemuan maklumat berkaitan markah penanda aras peranti yang didakwa menggunakan cip Snapdragon 662. Terkini, muncul pula perkhabaran baharu yang mengatakan ia dijangka hadir sekitar bulan November ini.

Bukan itu sahaja, sebahagian reka bentuk peranti turut tertiris dalam beberapa imej sebenar yang tular. Di mana, ia lengkap dengan sistem tri-kamera yang ditempatkan dalam modul kamera berbentuk segi empat. Turut kelihatan, terdapatnya tulisan ”48MP” yang jelas menunjukkan ia bakal menggunakan sensor utama 48-Megapixel. Seterusnya, butang kuasa diletakkan pada sisi kanan, sementara itu butang laras audio pula pada sisi kiri.

Sumber menyatakan, Oppo A95 4G akan didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Starry Black dan Rainbow Silver. Tapi sayang, tiada sebarang maklumat lanjut mengenai spesifikasi utama yang dikongsi buat masa ini. Tetapi, kita boleh menyasarkan lebih banyak butiran lanjut yang akan dikongsi dalam masa terdekat ini.

Sumber : Gizmochina

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami