WhatsApp Mematikan Sokongan Untuk Android 4.0.4 Dan Sebelumnya Bermula Hari Ini
November 1, 2021
Aplikasi
Aman
Seperti dimaklumkan sebelum ini, bermula daripada hari ini, WhatsApp telah menamatkan sokongan untuk Android 4.0.4 dan sebelumnya.
Bagi peranti lama yang masih menggunakan WhatsApp, sokongan untuknya telah dihentikan, dan aplikasi akan berhenti beroperasi pada peranti anda.
Pihak WhatsApp mengalakkan pengguna menaik-taraf peranti untuk kekal menggunakannya. WhatsApp mengatakan kini spesifikasi minima memerlukan peranti Android menjalankan Android 4.1 dan terkini untuk menggunakan aplikasi permesejan berkenaan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.