Apple Sedang Membangunkan Ciri Mengesan Kemalangan Untuk Apple Watch Dan iPhone

Diterbitkan pada Nov 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ciri mengesan jatuh pada Apple Watch telah beberapa kali menyelamatkan nyawa pemakai yang terjatuh di rumah dan juga yang mengalami kemalangan basikal. Tetapi kini menurut laporan Wall Street Journal, Apple sedang membangunkan pula ciri mengesan kemalangan pula untuk Apple Watch dan iPhone.

Peranti akan dapat mengesan pecutan graviti tinggi yang menjadi petanda mereka mungkin telah terlibat dalam kemalangan kenderaan. Apabila ini dikesan, peranti akan memerlukan maklum balas pengguna sama ada mereka terlibat dalam kemalangan. Sekiranya jawapan tidak diberikan selepas beberapa ketika, perkhidmatan ambulan akan dihubungi bersama dengan lokasi GPS.

Pengenalan ciri ini adalah langkah seterusnya memandangkan peranti Apple sudahpun mengesan lebih 10 juta kemalangan setakat ini. Apple turut dilaporkan melakukan beberapa ujian mengesan kemalangan dengan pengumpulan data secara awanama. Sekiranya semua berjalan lancar, ciri ini dipercayai akan diperkenalkan menerusi iOS 16 dan watchOS 9 pada tahun 2022. Ciri ini sudahpun diperkenalkan pada peranti Google Pixel menerusi Safety Hub sejak 2019.

komen


© Amanz / 2022 Kami