Cari @ Amanz

Siri Amazfit GT 3 telah diperkenalkan di beberapa pasaran luar, tempoh hari. Ianya terdiri dengan tiga model berbeza iaitu Amazfit GTR 3 Pro, Amazfit GTR 3 dan Amazfit GTS 3. Ketiga-tiganya berkongsi sebahagian besar aspek spesifikasi yang sama. Beza utama hanya terletak pada rekaan, saiz skrin dan kapasiti bateri. Pada masa sama, terdapat juga sedikit kelebihan pada versi pro yang boleh digunakan untuk menjawab telefon menerusi tambatan bluetooth.

Dalam perkembangan terkini, jam tangan pintar berkenaan dilihat bakal ditawarkan untuk pasaran tempatan pula. Merujuk perkongsian terkini Amazfit Malaysia, pelancarannya telah dijadualkan berlangsung pada hari Khamis ini iaitu 4 November 2021. Ia akan diadakan secara atas talian menerusi beberapa gedung jualan atas talian mereka di Lazada dan Shopee bermula jam 9 malam.

Amazfit GTR 3 Pro

Seperti biasa, kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini selanjutnya mengenai jam tangan pintar terkini daripada Amazfit ini – termasuklah penawaran harga jualan rasminya kelak.

Sumber : Amazfit Malaysia

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd