Cari @ Amanz

Samsung dan Apple sudahpun menawarkan penjejak objek mereka yang menggunakan teknologi bluetooth. Pengeluar lain seperti Oppo mengesahkan ia akan dilancarkan dalam tempoh terdekat. Huawei juga tidak mahu ketinggalan dan telahpun mendaftarkan tanda dagang untuk produk yang bakal dilancarkan.

Menurut laporan LetsGoDigital, tanda dagang S-Tag telah didaftarkan oleh Huawei menerusi lama EUIPO pada 28 Oktober 2021. Di sini mungkin singkatan untuk Smart. Penawaran penjejak objek oleh Huawei adalah munasabah memandangkan mereka sudahpun mempunyai pelbagai produk di bawah ekosistem HarmonyOS mereka. Tidak diketahui bilakah produk ini akan ditawarkan kepada pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd