Cari @ Amanz

Samsung Australia kini berkolaborasi bersama Dr Denim, dan telah pun memperkenalkan sebuah seluar jean edisi terhad, dinamakan “Z Flip Pocket Denim”.

Melalui seluar jean edisi terhad ini, ia turut menyertakan sebuah ruangan saku khas yang boleh memuatkan Galaxy Z Flip3 di dalamnya.

Samsung mengatakan adakalanya telefon pintar tidak mesra saku seluar, dan dengan rekaan seluar jean ini, ia membolehkan telefon Galaxy Z Flip3 dimuatkan dengan baik dan selesa didalamnya.

Seluar jean ini akan dikeluarkan sebanyak 450 helai sahaja, dan dijual pada harga $1499 di Australia (~RM6.2k) – dimana setiap pembelian turut menyertakan Galaxy Z Flip3 bersama dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd