Cari @ Amanz

Penjual barangan terpakai di UK, musicMagpie kini telah mengeluarkan data dan carta menarik, memperlihatkan kadar susut nilai untuk telefon pintar dalam tempoh 12 bulan ke 24 bulan.

Secara purata, iPhone dilihat hilang nilai sekitar 41% dalam tempoh 12 bulan selepas dilancarkan, dan sekitar 60% dalam tempoh penghujung 24 bulan.

Sementara Samsung pula dilihat susut ilai sekitar 64% dalam tempoh 12 bulan, dan meningkat kepada 77% selepas 24 bulan.

Huawei dilihat susut nilai paling tinggi, dengan kehilangan nilai sekitar 75% dalam tempoh 12 bulan pertama, dan meningkat kepada 87% selepas 24 bulan.

Perkongsian data ini juga memperlihatkan iPhone dengan 5G lebih lambat susut nilai berbanding telefon Samsung dengan sokongan 5G.

Seperti biasa, sejumlah faktor memberikan kesan terhadap susut nilai ini – termasuk tempoh penggunaan sejak dilancarkan, pengenalan produk baharu, dan kitar hidup peranti berkenaan sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd