Carian
Kingston Fury Renegade Ialah Siri SSD NVMe PCIe 4.0 Dengan Kadar Pembacaan Data 7300MB/s Dan Kapasiti Sebesar 4TB
November 2, 2021 Nazrin

Kingston ialah sebuah jenama storan yang tidak asing lagi di kalangan pembina komputer desktop dan pengubahsuai komputer riba, dan kini, mereka telah memperkenalkan komponen storan terbaru mereka dibawah jenama Fury yang dinamakan Kingston Fury Renegade.

Kingston Fury Renegade ialah storan SSD NVMe PCIe 4.0 yang bukan sahaja hadir dengan kelajuan penghantaran data yang sangat pantas, tetapi juga mempunyai kapasiti storan yang cukup luas sekali. Menurut Kingston, SSD Fury Renegade ini hadir dengan kemampuan membaca data selaju 7300MB/s dan penulisan data 7000MB/s.

Ia juga hadir dengan empat pilihan storan, iaitu 500GB, 1TB, 2TB dan 4TB. Kesemua storan-storan ini boleh digunakan dalam komputer yang hadir dengan sokongan untuk teknologi penghantaran data PCIe 4.0 ataupun konsol Sony PlayStation 5 bagi mereka yang mahu menaiktaraf kapasiti storan pada konsol tersebut.

Setakat ini, Kingston masih belum mengesahkan tanda harga untuk SSD ini, dan bilakah ia akan dilancarkan.

Komen