Cari @ Amanz

Apple sedia menyenaraikan Google (Android) dan juga Microsoft sebagai pesaing kepada mereka. Kini, melalui perkongsian terbaru, Apple turut menyenaraikan beberapa jenama dan platform permainan sebagai pesaing mereka – termasuk PlayStation, Xbox dan juga Nintendo.

Seperti semua sedia maklum, Apple sedia mempunyai penawaran Apple Arcade memfokuskan kepada permainan eksklusif yang diterbitkan secara bebas iklan – dan mungkin disebabkan itu, Apple kini turut melihat yang lain sebagai pesaing.

Selain itu, produk-produk terbaru Apple juga sering menekankan kepada ciri-ciri permainan video melaluinya – termasuk iPhone 13 Pro terbaru yang hadir dengan sokongan kadar segar semula skrin yang tinggi.

Disamping itu, langkah ini akan memperlihatkan yang mana Apple tidak memonopoli arena App Store, kerana turut bersaing dengan platform permainan lain.

Dalam kes mahkamah melibatkan Epic sebelum ini, Apple memperlihatkan hampir 70% pendapatan App Store hadir melalui aplikasi berbentuk permainan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd