Intel Menghentikan Pembangunan Pemproses Grafik Xe-HP Untuk Memfokuskan Kepada Pembangunan Teknologi Grafik Pengguna

Diterbitkan pada Nov 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apabila Intel mengumumkan bahawa mereka akan membangunkan teknologi pemprosesan kendiri mereka, salah satu daripada komponen awal yang diperkenalkan ialah cip pemprosesan grafik Intel Xe-HP yang sepatutnya dilancarkan untuk kegunaan pusat data dan juga adi-komputer untuk tujuan pembelajaran mesin dan sebagainya.

Terkini, beberapa bulan sebelum syarikat tersebut memperkenalkan siri kad grafik Intel Arc Alchemist mereka yang menggunakan teknologi cip pemprosesan grafik Intel Xe, Raja Koduri, Ketua Arkitek Grafik di Intel mengatakan bahawa mereka akan menghentikan kerja membangunkan teknologi grafik untuk pusat data, dan akan mengalihkan fokus mereka kepada pembangunan teknologi grafik klien, seperti Intel Iris Xe untuk komputer riba dan Arc Alchemist untuk komputer desktop.

Bagi pengguna biasa, ini tidak begitu penting, tetapi aspirasi Intel untuk membangunkan pusat data dan sistem pembelajaran mesin dilihat akan mengambil satu langkah ke belakang dengan keputusan ini. Terdapat kebarangkalian bahawa Intel akan kembali ke sektor ini selepas mereka memperlihatkan kemampuan kad grafik Arc Alchemist mereka pada tahun hadapan.

komen


© Amanz / 2022 Kami