Pengguna awal Google Pixel 6 dan Pixel 6 Pro melaporkan isu skrin yang berkelip-kelip selepas dimatikan, tinta hijau dan juga lubang kamera yang herot. Kesemua isu ini adalah memalukan bagi Google kerana tahun ini sepatutnya mereka serius untuk memberikan tentangan kepada Apple dalam arena telefon pintar.
Google akhirnya memberikan kenyataan rasmi bahawa mereka kini sudah dimaklumkan mengenai isu skrin berkelip pada Pixel 6 Pro. Ia bukan disebabkan kerosakan perkakasan tetapi pepijat pada sistem butang kuasa. Isu akan diselesaikan menerusi kemaskini yang akan diberikan pada bulan Disember kelak.
Hanya isu ini sahaja akan diselesaikan pada waktu ini. Isu tinta hijau dan lubang kamera senget masih belum diberikan jawapan pada waktu ini. Kepada peminat Pixel di Malaysia, dinasihatkan anda menyimpan dahulu hasrat membeli Pixel 6 dan Pixel 6 Pro terlebih dahulu kerana jika wujud isu perkakasan, tempoh mendapatkan peranti gantian adalah lama memandangkan ia tidak dipasarkan di Malaysia secara rasmi.
Sumber The Verge