Cari @ Amanz

Yoodo ialah syarikat telekomunikasi tempatan yang cukup terkenal untuk penawaran data mudah-alih mampu-milik, dimana diantaranya ialah pelan Yoodo Unlimited yang menawarkan data mudah-alih tanpa had pada harga serendah RM35.

Baru-baru ini, Yoodo telah melancarkan kempen The Unlimited Theory, iaitu sebuah kempen baru yang mencuba untuk menarik pelanggan baru untuk melanggan kepada pelan Unlimited mereka. Kempen ini diperkenalkan bermula 1 November 2021 dan berakhir pada 31 Disember 2021 kelak, dimana pelanggan-pelanggan baru dan sedia ada berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti:

  • Apple iPhone 13 x3
  • Samsung Galaxy Flip 3 x3
  • Televisyen Pintar Samsung 4K 65″ x2
  • Oppo F9 x3
  • Samsung A42 5G x3
  • Apple AirPods x1
  • Pembesar Suara Padat Harman Kardon Esquire Mini 2 x1

Cara untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah ini agak mudah. Untuk pelanggan baru, mereka hanya perlu mendaftar untuk pelan Yoodo Unlimited, manakala pelanggan sedia ada boleh memindahkan mana-mana nombor telefon mereka yang lain kepada pelan yang sama.

Untuk anda yang berminat untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai kempen Yoodo The Unlimited Theory ini, anda boleh melayari laman web mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd