Cari @ Amanz

Kerajaan tidak akan menggunakan aplikasi MySejahtera bagi tujuan pengawasan moral penduduk Islam di Malaysia. Ini ialah jawapan yang diberikan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin di parlimen hari ini selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan mempunyai rekod penglibatan penganut Islam melakukan pendaftaran ke pusat perjudian menggunakan MySejahtera semalam.

Privasi Penjejak

Khairy Jamaluddin menambah sebarang bentuk pengawasan moral dan menjejak pergerakan orang Islam ke pusat perjudian tidak akan dilakukan. Isu privasi ini adalah antara yang dibangkitkan oleh pengguna semasa penggunaan MySejahtera diwajibkan oleh kerajaan selepas pandemik bermula.

Selain menerima kritikan mengenai privasi, aplikasi ini juga dikritik kerana tidak benar-benar mempunyai fungsi pengesanan kontak rapat sebenar seperti yang digunakan di negara. Malaysia dan Singapura adalah antara negara yang masih mewajibkan penggunaan aplikasi pengesanan kontak kepada orang ramai walaupun dunia sudah memasuki fasa endemik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd